Sudah lumrahnya kanak-kanak suka bermain tak kira bila-bila masa. Time dah nak tidur pon still nak bermain lagi. Sanggup lawan mata dari tidur sebab nak bermain. Berbeza pula dengan mak pak yang kalau boleh nak tidur je tapi terpaksa lawan mata mencari rezeki dan nak jaga anak yang tak nak tidur nih.
Biasanya kalau anak anda tak nak tidur, apa yang akan anda buat? Biarkan je main sorang-sorang? Ke teman sekali sampai anda tertidur? Eh, sampai anak anda tertidur? Ke paksa jugak anak masuk tidur?
Meh saya kongsi sikit berapa lama masa yang tidur yang cukup untuk kanak-kanak.
Fuh.... Selama ni rupanya anak kita tak cukup tidur la yee.. Nak buat macam mana, dah diorang yang tak nak tidur.. Nak main je.
Ramai juga mak pak yang merungut anak-anak susah nak tidur malam. Jadi, post kali ni saya nak kongsi sikit petua saya untuk bagi anak-anak saya tidur awal. Kadang jadi, kadang tak.. Try je la kan.
Ajar anak kenali siang dan malam
Sebagai parent, kita kena ajar anak kita membezakan siang dan malam. Mula-mula beri dia lihat keadaan kat luar rumah dah gelap ke masih terang. Kemudian wujudkan beberapa peraturan yang akan saya kongsikan juga dalam tips kali ini supaya anak-anak kita boleh membezakan siang dan malam.
Tiada lagi "sweet" lepas jam 7 malam
Masuk je malam, jangan bagi apa-apa sahaja benda yang sangat bergula pada anak. Nanti hyper pula anak. Dah macam mana nak tidur kan. Ni salah satu rule untuk anak bezakan siang dan malam.
No Tablet / TV / Phone lepas jam 7 malam
Rule berikutnya, jangan bagi anak-anak dok menghadap tablet, tv, atau phone je bila dah malam. Kalau tak bagi terus pon lagi baik. Tapi kebanyakan mak pak akan bagi juga. Senang nak jaga kan. Ada pro's and con's juga gadget ni. Tu kita bincang kat entry yang lain. Yang penting, malam je terus simpan benda-benda ni.
Sediakan suasana yang sesuai
Sangat penting untuk menyediakan suasana dan tempat tidur yang sesuai dan selesa untuk wujudkan mood tidur pada anak-anak. Keadaan bilik mestilah selesa dan tak bersepah, cahaya pon malap-malap atau gelap terus. Bila mood dah datang baru senang nak tidur.
Teman anak sampai tertidur
Ni part yang paling susah. Yang selalu terjadi, teman anak, last2 mak pak yang tertidur. Anak-anak ni kadang-kadang takut untuk tidur sendiri. Bila bersama mak pak, mereka rasa lebih selamat.
Kerjasama dari semua pihak
Last tips, untuk menjayakan projek "anak tidur awal" ni, kerjasama dari semua pihak sangat diperlukan. Mak sibuk nak tidurkan anak, pak tengok tv kat ruang tamu. Bila anak nampak ada bunyi atau cahaya, tak jadi nak tidur. Jadi semua mesti bekerjasama ikut undang-undang "anak tidur awal" yang telah dibuat. Tak lama pon. Dalam setengah jam je inshaa Allah anak dah tertidur. Lepas tu nak tengok TV sampai pagi pon boleh.
Haaa inilah antara tip-tip yang saya dan isteri amalkan untuk tidurkan anak. Tak semestinya jadi setiap hari tapi kalau dapat tidur awal 4 hari seminggu pon alhamdulillah syukur. Boleh lah try kat anak-anak mak pak sekalian. Kalau tak jalan jugak, boleh try produk kat bawah ni.