Thursday, 4 August 2016

Cara yang betul untuk cakap "TAK BOLEH" atau "JANGAN" pada anak.

Nak mendisiplinkan anak ni perkataan yang paling mudah dan kerap kita gunakan semestinya "TAK BOLEH", "JANGAN", atau "NO". Tapi apabila perkataan ni disalahgunakan atau tidak digunakan dengan betul, ia boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan minda anak anda. Dalam tak sedar anda sebenarnya sedang membina dinding-dinding halangan dalam minda anak anda.
Penggunaan dengan cara yang salah juga biasanya kurang berkesan untuk mendisiplinkan anak.

Disini ingin saya kongsikan beberapa cara penggunaan "TAK BOLEH" atau "JANGAN" yang lebih tepat dan mungkin dapat meninggalkan kesan yang lebih baik kepada anak-anak kita.



Beri Sebab

Setiap kali kita melarang anak dari melakukan sesuatu, kita mesti memberi penjelasan kepadanya kenapa kita melarangnya. Melarang tanpa penjelasan akan membuatkan anak kita rasa terkongkong dan stress.

Penjelasan yang diberi pula biarlah ada logiknya dan dalam terma yang mudah untuk anak fahami. Ini memberi mereka peluang untuk memahami baik buruk sesuatu perkara dan mengapa perlu ditinggalkan.


Fahami masalah anak

Walaupon masih diusia yang muda, setiap perkara yang anak kita buat mungkin bersebab. Jangan kita terus melarangnya tanpa selidik dahulu hal sebenar. Kita perlu cuma untuk memahami masalah anak kita. Dengan memahami masalah anak, kita juga dapat  membantu menyelesaikannya dan memberi pilihan lain kepada anak kita aripada hanya terus melarangnya.

Beri contoh

Tip terbaik adalah dengan memberi contoh kepada anak. Jangan gunakan adik-beradik beliau sebagai contoh kerana setiap anak ada egonya. Sebaiknya gunakan diri kita sebagai contoh kepada anak-anak. Ceritakan pengalaman kita semasa kita masih kecil yang ada persamaan dengan perkara yang sedang berlaku kepada anak-anak sekarang. Anak-anak lebih mudah untuk menerima pendekatan sebegini. Tapi kalau kita super perfect atau super nakal semasa kecil, maka cari la contoh lain ye. Konfius anak nanti.

Cakap dengan lembut

Dari kita melarang dengan nada garang, lebih baik kita cuba bercakap dengan anak seperti dia adalah kawan baik kita. Bercakaplah dengan lembut kerana ia mudah untuk lembutkan hati anak kita..



Semoga dengan contoh-contoh yang saya kongsi ni, kita dapat mendidik anak dengan lebih baik. Saya bukanlah parent yang terbaik tapi saya cuba dan belajar untuk menjadi yang lebih baik dan saya yakin anda juga begitu. Amin.