Ini adalah versi training yang paling susah kerana anda perlu habiskan 3 hari sepenuhnya bersama anak di rumah untuk menjayakan misi potty train dalam 3 hari anda.
Kalau anda berkerja, ambil cuti pada hari jumaat atau isnin untuk mendapatkan 3 hari berturut-turut bersama anak dan 3 hari ini anda boleh ucapkan good bye pada hari anda kerana fokus anda hanya pada anak anda.
Perkara yang anda perlukan dan perlu tahu
Anda mungkin perlu korbankan sehelai T-shirt anda untuk dijadikan pakaian anak anda. Semasa misi berjalan, anak anda tidak akan memakai seluar langsung bagi memudahkannya untuk kencing atau berak. Ada juga yang membogelkan sahaja anak sepanjang misi berjalan. Pilihan lain, hanya pakaian seluar pendek untuk anak anda tapi mungkin menyukarkan anda untuk mengenal pasti bila anak anda berak.
Sekiranya anak anda terkencing atau terberak bukan ditempat yang disediakan, ianya sangat bagus untuk pembelajaran mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu dimana salahnya. Jangan sesekali menghukum tapi sebaiknya memberi penerangan dan dorongan supaya anak anda dapat ke tandas atau ke potty yang disediakan pada masa lain.
Beri anak anda minum dengan lebih banyak supaya mereka lebih kerap rasa nak terkencing. Kekerapan mereka menggunakan potty atau ke tandas bagus untuk membiasakan diri mereka.
Jangan bezakan siang atau malam. Anda harus meneruskan misi anda pada kedua-dua masa tersebut. Jangan sampai anak anda rasa perbezaan seperti malam mereka boleh kencing sesuka hati sebab pakai lampin.
Kalau boleh sediakan reward atau pujian sekiranya anak anda berjalan kencing/berak di tandas atau potty yang disediakan.
Step potty train dalam 3 hari
- Bangun je anak anda, buka lampinnya dan suruh dia buang sendiri lampin tersebut. Ucap byebye pada lampin tu dan cakap dah tak nak pakai dah
- Pakaikan baju sahaja pada anak anda dan cakap padanya yang dah tak ada lampin untuk sambut kencing / poo dia.
- Sarapan dengan lebih banyak air. Kemudian terus bawa ke tandas / potty. Suruh dia kencing.
- Lalui hari seperti biasa dan hanya dirumah. Jangan bawa anak ke mana-mana.
- Setiap 15 minit, ajak anak anda ke tandas / potty untuk kencing atau berak. Kalau tak berjalan, pesan padanya untuk bagitahu makpak bila nak membuang.
- Kerapnya suruh anak minum air supaya kerap kencing
- Selepas makan malam, terus stop atau kurangkan beri anak minum atau makan.
- Bila anak dah tidur, tengah malam kejutkan dia untuk ke tandas. So pandai-pandailah kunci alarm.
- Teruskan untuk 2 hari akan datang.
