Thursday, 15 September 2016

BAHAYA "JUNK FOOD" PADA ANAK

Junk Food atau makanan ringan mendatangkan bahaya bukan saja pada kanak-kanak malah orang dewasa.

Makanan ini mengandungi kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan bahan kimia yang tinggi. Ia juga dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan mengancam kesihatan terutama kanak-kanak.

Penyakit-penyakit yang dicetuskan oleh makanan ini adalah kegemukan, diabetes, jantung dan kanser.




Berikut adalah perkongsian dari Syazwan Madihah dilaman facebooknya mengenai pengalamannya berada di Jabatan Pesakit Luar

"

Jabatan Pesakit Luar

2 hari ni saya jaga Jabatan Pesakit Luar , menggantikan rakan-rakan sekerja yang berkursus dan bercuti.

1. Budak berumur 4 tahun, dibawa ibu ,datang muntah-muntah. 
Bila ditanya , makan apa?
Maggi. Selalu makan maggi.

2. Budak berumur 3 tahun dibawa , batuk-batuk.
Suruh buka mulut - gigi habis macam kena makan anai-anai.
Tanya si ibu , apa yang anak suka makan?
Gula-gula , keropok2.
Siapa beri duit/belikan untuk mereka? - ayahnya.

3. Budak 2 tahun lebih dibawa ibu, demam dah 3 hari , mula dengan batuk-batuk.
Sambil di tangan anak satu plastik kecil penuh gula-gula, coklat , keropok.

4. Seorang lelaki bawa 3 anak buahnya. Umur 2-5 tahun.
Ibunya kerja ,diminta bawakan ke klinik kerana demam dan batuk.
Cek sorang-sorang , gigi rosak.
Bila ditanya , selalu makan gula-gula, coklat.

5. Seorang ibu bawa 2 orang anaknya. Demam dan batuk-batuk.
Buka mulut, 2/3 dari keseluruhan gigi macam kayu reput. Dah macam tunggul kayu.
Tanya si ibu, siapa beri makan anak-anak.
Mertua. Kerana mereka tinggalkan anak-anak dengan mertua,dan mereka bekerja jauh
10 jam perjalanan dari sini. Kebetulan mereka balik cuti tengok anak-anak.
Gula-gula selalu dibagi agar mereka senyap.


Saya rasa, hampir 100 pelanggan yang saya tengok 2 hari ini, lebih separuh dari kalangan kanak-kanak , hampir 2/3 darinya ada masalah dengan real food vs junk food.

---------------
Saya bagitahu mereka :

" Anak-anak ini amanah. Ada orang berkahwin ,mahu zuriat. Ramai tak dapat.

Kita, kahwin, Allah bagi zuriat, jagalah amanah ini.

Semua jenis makanan ringan ,keropok-keropok , minuman bergas minuman tin, minuman kotak , sebolehnya jangan bagi anak-anak ni ambil selepas ini sampai mereka besar ,sampai mereka jumpa Allah.

Semua-semua tu lah yang menyebabkan sistem pertahanan badan mereka lemah, selalu sakit-sakit. ''


Seperti yang biasa saya nukilkan di laman fb berkaitan junk food ini, saya ambil masa terangkan pada mereka. 10-15 minit.

Untuk semua pasangan yang punya zuriat, hargailah zuriat yang Allah amanahkan pada kalian.

Belajarlah tentang REAL food dan Junk Food.


Pesanan kami dari Tips MakPak, 

"Sayangkan anak biarlah kita menjadi tuan. Kita yang kawal pemakanan mereka. Bukan anak yang menjadi tuan dan kita hanya menurut perintah"







Wednesday, 14 September 2016

KANAK-KANAK SETAHUN MENINGGAL SELEPAS 5 JAM DITINGGALKAN DALAM KERETA

September,13 Kulai - Kanak-kanak setahun meninggal dunia dipercayai lemas selepas ditinggalkan ditempat duduk belakang kereta oleh bapanya selama 5 jam.

Kejadian berlaku apabila kanak-kanak tersebut diletakkan ditempat duduk belakang oleh ibunya supaya bapa kanak-kanak tersebut dapat menghantarnya ke tempat asuhan.

Bapa kanak-kanak tersebut yang tidak menyedari anaknya dibelakang pergi ke tempat kerja seperti biasa pada jam 10pagi.

Hanya selepas dihubungi oleh tempat asuhan jam 3 petang kerana tidak menghantar anaknya kesana, bapa kanak-kanak tersebut terus ke keretanya dan menjumpai anaknya dalam keadaan lemah dan dipercayai meninggal dunia.

Bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui sebab kematian.


Sumber: NST





Tuesday, 13 September 2016

Potty Train dalam 3 hari?

Ini adalah versi training yang paling susah kerana anda perlu habiskan 3 hari sepenuhnya bersama anak di rumah untuk menjayakan misi potty train dalam 3 hari anda.
Kalau anda berkerja, ambil cuti pada hari jumaat atau isnin untuk mendapatkan 3 hari berturut-turut bersama anak dan 3 hari ini anda boleh ucapkan good bye pada hari anda kerana fokus anda hanya pada anak anda.


Perkara yang anda perlukan dan perlu tahu

Anda mungkin perlu korbankan sehelai T-shirt anda untuk dijadikan pakaian anak anda. Semasa misi berjalan, anak anda tidak akan memakai seluar langsung bagi memudahkannya untuk kencing atau berak. Ada juga yang membogelkan sahaja anak sepanjang misi berjalan. Pilihan lain, hanya pakaian seluar pendek untuk anak anda tapi mungkin menyukarkan anda untuk mengenal pasti bila anak anda berak.

Sekiranya anak anda terkencing atau terberak bukan ditempat yang disediakan, ianya sangat bagus untuk pembelajaran mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu dimana salahnya. Jangan sesekali menghukum tapi sebaiknya memberi penerangan dan dorongan supaya anak anda dapat ke tandas atau ke potty yang disediakan pada masa lain.

Beri anak anda minum dengan lebih banyak supaya mereka lebih kerap rasa nak terkencing. Kekerapan mereka menggunakan potty atau ke tandas bagus untuk membiasakan diri mereka.

Jangan bezakan siang atau malam. Anda harus meneruskan misi anda pada kedua-dua masa tersebut. Jangan sampai anak anda rasa perbezaan seperti malam mereka boleh kencing sesuka hati sebab pakai lampin.

Kalau boleh sediakan reward atau pujian sekiranya anak anda berjalan kencing/berak di tandas atau potty yang disediakan.




Step potty train dalam 3 hari

  • Bangun je anak anda, buka lampinnya dan suruh dia buang sendiri lampin tersebut. Ucap byebye pada lampin tu dan cakap dah tak nak pakai dah
  • Pakaikan baju sahaja pada anak anda dan cakap padanya yang dah tak ada lampin untuk sambut kencing / poo dia.
  • Sarapan dengan lebih banyak air. Kemudian terus bawa ke tandas / potty. Suruh dia kencing.
  • Lalui hari seperti biasa dan hanya dirumah. Jangan bawa anak ke mana-mana.
  • Setiap 15 minit, ajak anak anda ke tandas / potty untuk kencing atau berak. Kalau tak berjalan, pesan padanya untuk bagitahu makpak bila nak membuang.
  • Kerapnya suruh anak minum air supaya kerap kencing
  • Selepas makan malam, terus stop atau kurangkan beri anak minum atau makan.
  • Bila anak dah tidur, tengah malam kejutkan dia untuk ke tandas. So pandai-pandailah kunci alarm.
  • Teruskan untuk 2 hari akan datang.

Kalau anak terberak / kencing, jangan marah. Itu adalah perkara yang anda sudah jangkakan.


Sumber: Parenting


Monday, 12 September 2016

Zika - 40 Kes Terbaru Dilaporkan



September,12 - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam hari ini berkata seramai 40 kes baharu melibatkan rakyat Malaysia telah dilaporkan.

Kesemua mangsa kini sedang menjalankan ujian darah di makmal hospital bagi mengetahui sama ada mereka dijangkiti virus Zika.




Pihak kementerian masih lagi menunggu keputusan sepenuhnya bagi semua mangsa terbabit yang akan disahkan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dalam masa terdekat.


Dalam pada itu, bagi mak pak yang berhasrat untuk hamil dalam masa terdekat dinasihatkan untuk merujuk pakar perbidanan.



Kenali Zika


Zika adalah virus yang tersebar melalui 3 cara

  • Gigitan spesis nyamuk Aedes yang juga membawa jangkitan virus denggi dan Chikungunya
  • Pemindahan darah
  • Hubungan Seks

Tanda-tanda dijangkiti Virus Zika
  • Demam, Sakit Kepala
  • Konjunktivitis
  • Sista Simpul Saraf
  • Ruam
  • Sakit Sendi dan Otot

    Sekiranya anda mempunyi tanda-tanda berikut, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan darah bagi memastikan anda telah dijangkiti virus zika atau tidak.


    Sumber: Astro Awani

    Luangkan Masa Bersama Anak-Anak

    Selalunya sukar untuk ibu bapa dan anak-anak untuk makan bersama, apatah lagi meluangkan masa berkualiti bersama-sama. Tiada apa yang anak inginkan selain masa bersama ibubapa. Cuba bangun 10 minit lebih awal supaya anda boleh sarapan dengan anak anda atau keluar berjalan-jalan lepas makan malam. Kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian akan sering berkelakuan nakal kerana ibu bapa mereka pasti akan perasan dengan cara itu.



    Ramai ibu bapa mendapat impak yang positif jika mereka meluangkan masa bersama anak-anak. Pilihlah 1 malam setiap minggu untuk bersama-sama dan biarkan anak-anak yang pilih bagaimana mereka mahu menghabiskan masa tersebut. Fikirkan sesuatu yang kreatif untuk merapatkan silaturrahim dengan anak-anak seperti menyediakan lunch box yang special untuk si dia.


    Jangan rasa bersalah jika anda seorang ibu bapa bekerja. Banyak perkara-perkara kecil yang anda boleh lakukan - sediakan sarapan, main game bersama-sama, window shopping - anak-anak anda akan ingat. :)



    Meningkatkan Keyakinan Diri Anak-Anak

    Kanak-Kanak mula membina "harga diri" mereka sejak bayi apabila mereka melihat diri mereka melalui mata ibu bapa mereka. Nada suara, bahasa badan anda, dan ekspresi wajah anda diserap oleh anak2 anda. Kata-kata dan tindakan anda sebagai ibu bapa memberi kesan kepada mereka lebih dari apa2 yang lain .

    Memuji kejayaan, sekecil mana pun, akan membuat mereka berasa bangga; membiarkan anak2 melakukan perkara2 secara bebas akan menjadikan mereka rasa bermampuan dan kuat. Sebaliknya, komen2 negatif atau MEMBANDINGKAN kanak2 akan membuat kanak-kanak rasa rendah diri.



    Elakkan dari menggunakan kata2 sebagai senjata. Komen2 seperti "Kenapa buat benda bodoh ni! " atau "Perangai kalah budak kecik!" memberi kesan yang lebih teruk dari pukulan fizikal. Tidak pula saya menggalakkan pukulan fizikal dari mental ya.

    Pilih kata2 anda dengan teliti dan jadilah ibu bapa prihatin. Biarkan anak2 anda tahu bahawa semua orang membuat kesilapan dan bahawa anda masih menyayangi mereka, walaupun anda tidak suka perbuatan mereka.




    Prihatin Pada Kelakuan Baik Anak-Anak

    Pernah tak anda terfikir, berapa kali anda bertindak secara negatif kepada anak2 anda? Mungkin anda mengkritik jauh lebih kerap daripada anda memuji mereka. Bagaimana anda jika bos anda sering mengkritik atau memarahi anda, walaupun ia berniat baik?

    Pendekatan yang lebih berkesan ialah memuji anak2 jika mereka melakukan sesuatu yang betul: "Wow! Tak suruh kemas pun kakak dah kemas sendiri. RAJINLAH anak mama!" atau "Papa tengok abang ni sabar je bila kene buli dengan adik. BAGUSLAH anak papa ni!". Kata2 positif ini akan menggalakkan lagi sikap yang baik dalam jangka masa panjang daripada mengkritik atau memarahi mereka.



    Jadikan tabiat untuk memuji setiap perbuatan baik mereka, walau sekecil mana pun. Bermurah hatilah dengan ganjaran - kasih sayang anda, pelukan, dan pujian sudah memadai. Percayalah, anda akan melihat perkembangan yang positif pada anak2 anda :)