Demam dah jadi satu perkara lazim time anak nak membesar. Nak tumbuh gigi, demam. Nak boleh merangkak atau berjalan, demam. Kena cucuk bulanan, demam. Apa-apa saja perubahan yang berlaku, maka anak pon demam. Nak membiasakan dengan keadaan le kot ye. Tapi bila anak demam, mak pak la yang penat dan runsing. Terutama mak la. Respect my mak dan my wife. Juga pada semua ibu-ibu diseluruh dunia. Penat baq hang jaga anak demam. Dengan merengeknya lagi, nak kawal suhu badan anak lagi. Jadi post kali ni saya nak kongsi cara untuk turunkan suhu badan anak.
2 benda yang memang sentiasa ada kat rumah semestinya termometer dan ubat bontot. Ubat bontot ni prepare just in case kalau suhu badan anak terlalu tinggi. Termometer pula kami guna yang check dekat telinga tu. Sebelum pakai yang kepit kat ketiak, tapi bila anak demam dia susah nak bagi kerjasama. Asek nak nangis je. So tukar yang check telinga ni. Cepat sikit dapat check suhu.
Bila anak demam, kita wajib berusaha untuk kawal dan cuba turunkan suhu diorang. Takut bila tinggi sangat nanti kena sawan atau rosak organ pula. Paling risau kalau effect otak la. Jadi kena kerap check suhu badan anak sama ada sejam atau setengah jam sekali kalau suhu tinggi sangat.
Ok ni tips untuk turunkan suhu badan anak.
- 1) Jangan pakaikan baju anak. Biar je dia dan pampersnya. Kalau rumah ada penghawa dingin tu boleh la pakaikan baju. Tujuannya nak bagi haba mudah keluar dari badan.
- 2) Ambil asam jawa bancuhkan dengan air. Kemudian gunakan tuala kecil dan sapukan bancuhan tadi pada suluruh bahagian badan anak.
- 3) Akhir sekali letakkan tuala kecil tadi pada dahi anak. Untuk tambahan boleh juga letak tuala basah lain di celahan seperti ketiak dan pelipat lutut.
- 4) Kerapkan check suhu anak. Kalau boleh usahakan supaya kurang dari 38.
Kalau dah lebih mungkin kena guna ubat bontot (dapatkan nasihat pakar). Apa-apa pon, kita tetap kena bawa juga anak untuk berjumpa doktor. Tips di atas hanyalah kaedah alternatif sahaja. Kita perlu tahu sebab sebenar anak kita demam. Takut-takut kalau ada penyakit yang lebih serius. Jadi kita perlu berjumpa dengan yang lebih pakar.
Ok tak tips ni? Kalau anda ada tips lain mohon share diruangkan komen.. Kita sama-sama belajar inshaa Allah.

